SOLATLAH KAMU SEBELUM KAMU DI SOLATKAN
|
|
Jan 2, 2005
SEBALIKNYA, orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya, serta ia mendustakan perkara yang baik. (Al-Lail : 8-9)
Huraian:
Menjadi lumrah kehidupan manusia mengejar kesenangan dan kemewahan dunia, lebih-lebih lagi dalam era globalisasi kini di mana perbelanjaan hidup memerlukan kos yang tinggi.
Pangkat dan darjat menjadi rebutan agar dipandang tinggi dalam masyarakat, sehingga mereka alpa akan kebajikan dan kepentingan individu lain dan hanya menurut hawa nafsu semata-mata.
Islam sememangnya menggalakkan umatnya memajukan diri dengan mencari kekayaan dan nikmat dunia tanpa melanggar peraturan- peraturan yang telah ditetapkan oleh-Nya demi menaikkan imej Islam di mata dunia.
Mereka perlu saling membantu terhadap insan yang kurang bernasib baik dan kurang upaya.
Sesungguhnya dalam harta yang melimpah ruah itu, ada hak orang miskin (zakat yang wajib dibayar).
Walau bagaimanapun, suatu sikap yang sukar dikikis dan dibendung iaitu sifat tamak, bakhil, kedekut dan mementingkan diri sendiri lebih daripada segalanya.
Mereka tidak mahu mengeluarkan sedekah ke jalan kebaikan, sama ada dari segi kewangan, buah fikiran dan amal perbuatan.
Mereka sentiasa mendabik dada dan menganggap ia adalah hasil usahanya semata tanpa bantuan mana-mana pihak.
Islam melarang sikap sebegini kerana boleh membawa kepada kerugian diri dan masyarakat sekiranya tidak dibendung segera.
Ini dijelaskan oleh Allah s.w.t. dalam surah Ali- Imran ayat 180 yang bermaksud:
Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka daripada kemurahan-Nya, menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka.
Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalungkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada Hari Kiamat kelak.
Kesimpulan:
Islam melarang umatnya bersikap bakhil dan kedekut, mereka digalakkan saling bantu membantu dan mengagihkan harta yang dikurniakan Allah itu dengan saksama.
Dengan ini harta berkenaan akan beredar kepada masyarakat dan dapat dikongsi bersama.
Perlu diingat harta dunia hanya sementara dan boleh ditarik semula pada bila-bila masa apabila dikehendaki oleh-Nya.
Oleh itu, hindarilah sifat tamak, bakhil dan mementingkan diri sendiri yang hanya akan membawa kerugia
Posted at 02:14 am by umarabdulaziz
Permalink
Dec 31, 2004
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya
Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan
empat perkara, yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu
syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meridloi kamu,
4. Sebelum kaulaksanakan haji dan umroh....
"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat
melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau
tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau
mengkhatamkan Al Qur'an. Membacalah sholawat
untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami
semua
akan memberi syafaat di hari kiamat.
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka
akan meredloi kamu.
Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil,
bertakbir maka seakan-akan kamu telah
melaksanakan ibadah haji dan umroh"
Posted at 01:29 am by umarabdulaziz
Permalink
Dec 30, 2004
Sejauh manakah abad telah berlalu? Sepantas manakah usia dimamah beku? Sekian apakah yang telah merentap keinsafan di dada insan, hingga lena tak pernah mengah menjamah alpa dan kaku? Perlukah rintihan ini bergema, kerana suaranya tak pernah meresap tangkai jiwa, sekalipun usia dunia sedekad demi sedekad berputar.
Perlukah untuk sebuah rintihan ini, melagukan kekesalan, atas setiap kealpaan yang tak pernah usang di mata insan. Hakikatnya, manusia tetap memandang lesu pada Kalam Suci wahyu Ilahi ini…
Terlupakah duhai insan, tatkala Jibril mendakap erat Rasul junjungan, Kalam Suci ini yang diucapkan. Terlupakah duhai insan, tatkala dakapan dileraikan, Kalam Suci ini jua yang diungkapkan. Dan masih terlupakah duhai insan, tatkala bergetar tubuh Rasul pilihan, kalam ini jua menjadi pengubat sebuah keresahan.
Andai bisa kau dengar duhai insan, betapa diri ini merintih sayu, tatkala debu- debu berterbangan, menutup seribu bahasa keindahan, yang terkandung dalam kalimah dan wanyu suci ini. Andai bisa kau dengar duhai insan, betapa diri ini terkilan untuk sebuah kealpaan yang terhidang, hingga Kalam Ilahi ini tertutup rapat tanpa sebuah sentuhan…
Untuk apa kujadi pilihan, seandainya sekadar ditonton segenap keindahan? Untuk apa kujadi pilihan, seandainya sekadar untuk disimpan? Dan untuk apa Kalam Suci ini memenuhi segenap ruangan, seandainya sekadar satu perhiasan? Aduhai yang bergelar insan, tidakkah terlintas di hati kalian untuk menggemakan alam dengan suara- suara melafazkan Kalam Suci Tuhan?
Tidakkah terasa kekerdilan, kerana segenap makhluk Tuhan tak pernah alpa melagukan pujian dalam versi kesyukuran dan keinsafan? Aduhai malangnya umat terakhir ini sering dilapah kelalaian. Sedangkan usia dunia, sejengkal, belum pasti kau bias bertahan…
Ya Tuhan, dalam rintihan kudus ini, betapa sunyinya sebuah Kitab Suci ini, tanpa suara yang ingin melafazkan kalimah-Mu. Betapa sebuah Kitab Suci ini, merindukan segenap suasana dalam sirah terdahulu. Bila Rasul dan para sahabat berlumba- lumba mengejar ma’rifat, bersatu memohon maghfirah, mengucap Kalam- kalam Suci ini tanpa ada lena yang membeku jiwa. Aduhai insan… seandainya terpanggil jiwa dan dirimu, mendakap sebuah kitab suci ini, alunkanlah segenap suara, membaca perutusan Tuhan, menjenguk sebuah keinsafan, kerana tiada seindah bahasa, seelok pujangga, sebenar- benar kalimah, melainkan sebuah kitab; yang tertulis di dalam Al-Quran, wahyu Ilahi.
Padanya ada jutaan makna tersimpan; dan sebuah yang tertulis Al-Quran jua, merintih untuk segenap kealpaan insan, membiarkannya usang, ditelan masa dan arus kekosongan, tanpa suara keinsafan…
Posted at 12:57 am by umarabdulaziz
Permalink
Dec 29, 2004
Sama-sama kita teliti kriteria Lelaki Soleh impian Wanita Solehah... Walaupun kita sendiri sebagai wanita muslimah punya banyak kelemahan, namun jauh di sudut hati tentunya mengimpikan seorang lelaki yang soleh yang bakal meminpin bahtera dalam rumahtangga yang kita bina. Moga-moga dengan hadirnya pemimpin yang soleh dalam rumahtangga, bakal mencorakkan rumahtangga yang soleh juga... Tetapi perlu diingat, sekalipun kita punya kelemahan dari pelbagai aspek, jangan terus-terusan hidup dalam kekurangan dan kelemahan tersebut. Sedaya mungkin, kita juga perlu berusaha ke arah menjadi wanita solehah yang diimpikan... Insya Allah, mudah-mudahan... Mari sama-sama kita baca...
1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.
2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya.
3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt
12.Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
13.Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
14.Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.
15.Sangat kuat memegang amanah,janji dan kerahsiaan.
16.Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia,sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu' penuh kepada Allah swt.
17.kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.
Selain daripada ciri-ciri di atas, orang orang yang soleh juga merupakan insan insan yang senantiasa mendapat ujian dan cubaan daripada Allah swt setelah para nabi dan orang-orang yang mulia. Mereka menghadapi segala ujian tersebut dengan hati yang tabah dan tetap teguh dalam keimanan serta pendirian. Mereka tidak mudah menyerah kalah dari keganasan dan tekanan musuh.
Posted at 02:13 am by umarabdulaziz
Permalink
Dec 28, 2004
NASIHAT LUKMAN AL-HAKIM KEPADA ANAKNYA.
Sedikit panduan buat muslimin dan muslimah mendidik anak-anak...dan sedikit panduan buat muslimin dan muslimah yang mahu menyandang gelaran anak solehah...
"Wahai anakku! Aku sudah merasakan segala benda-benda yang pahit, tetapi aku belum pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan.
"Wahai anakku! Apabila perutmu penuh dengan makanan (kenyang) maka akan matilah fikiran dan hikmah kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan menjadi malas untuk melakukan ibadah dan akan hilanglah kebersihan hati dan kehalusannya, di mana hati yang bersih itu hanya akan tercapai dengan kelazatan bermunajat (mngadap Allah) dan manfaat berxikir (ingat kepada Allah)"
"Wahai anakku! Kalau sewaktu kecil engkau rajin belajar dengan tekun menuntut ilmu sebanyak-banyaknya, maka apabila kamu dewasa kelak kamu akan memetik buahnya dan kamu akan menikmatinya."
"Wahai anakku! Kamu ikutlah ketika orang membawa jenazah, dan janganlah kamu mengikuti jamuan perkahwinan. Kerana jenazah itu dapat mengingatkan engkau akan kesudahan dari hidupmu di dunia yang fana ini. Sementara majlis perkahwinan akan membangkitkan nafsu berahimu dan ini akan membuat kamu merasa bahawa senang dengan kehidupan dunia."
"Wahai anakku! aku sudah memikul batu-batu yang besar, aku juga sudah mengangkat besi-besi berat. Tetapi aku tidak pernah merasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya."
"Wahai anakku! Aku sudah merasakan segala benda-benda yang pahit, tetapi aku belum pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan."
"Wahai anakku! Aku sudah pernah mengalami penderitaan dan bermacam-macam kesusahan dan kepayahan, tetapi aku belum pernah mengalami penderitaan yang lebih susah dan lebih payah dari menanggung hutang."
"Wahai anakku! Sepanjang hidupku, aku hanya dapat memilih 8 kalimah dari pusaka para nabi yang lalu, sabda mereka :
** Apabila engkau mengerjakan sembahyang dan beribadah kepada Allah, maka jagalah baik-baik fikiranmu.
**Apabila engkau berada di rumah orang lain, hendaklah kamu menjaga matamu (pandangan matamu).
**Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis, hendaklah kamu menjaga lidahmu (perkataanmu).
**Apabila engkau hadir dalam jamuan makan, hendaklah kamu menjaga perangaimu.
**Ingatlah kepada Allah s.w.t.
**Ingatlah akan mati.
**Lupakanlah budi baikmu terhadap orang lain.
**Lupakanlah semua kesalahan orang terhadap dirimu.
Posted at 04:12 pm by umarabdulaziz
Permalink
Dec 27, 2004
7 Tips utk WANITA dan GADIS
Anda ingin lebih cantik dan menarik?
1. Oleskan 'lipstik kejujuran'pada bibir anda,nescaya anda lebih manis.
2. Gunakanlah 'pemerah pipi' anda dengan kosmetik yang terhasil dari
rasa malu yang dibuat dari salun keimanan.
3. Pakailah 'sabun istigfar' yang menghilangkan semua dosa dan
kesalahan yang anda lakukan.
4. Rawatlah rambut anda dengan 'selendang Islami' yang akan
menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang membahayakan.
5. Hiasilah kedua tangan anda dengan 'gelang tawadhuk' dan jari-jari anda
dengan 'cincin ukhuwah'.
6. Sebaik-baiknya kalung anda dengan 'kalung kesucian'.
7. bedaklah wajah anda dengan 'air wudhuk' nescaya akan becahaya di
akhirat
Posted at 10:40 pm by umarabdulaziz
Permalink
Dec 26, 2004
5 PERKARA YANG PERLU DISEGERAKAN DALAM ISLAM SEKIRANYA BERLAKU
1-menyediakan makanan pada tetamu yang datang dengan segera.
2-penyempurnaan jenazah setelah meninggal dunia.
3-perkahwinan perlu disegerakan sekiranya seseorg itu perempuan yg cukup umur..
4-Pelangsaian hutang..
5-Bertaubat setelah melakukan dosa..
Posted at 01:43 am by umarabdulaziz
Permalink
Dec 25, 2004
Ciri-ciri Pakaian Wanita Islam
Pakaian itu mesti-lah menutup aurat , sebagaimana yang di-kehendaki syrari'at Islam
Tudung kepala, hendak-lah di-labuhkan sehingga ke-paras bawah dada.
Bersarung kaki / berstokin untuk menutup aurat bahagian kaki.
Pakaian tidak terlalu nipis, ketat dan sempit.
Warna pakaian suram atau gelap seperti kelabu, hitam, biru tua, hijau tua. Tidak boleh
berwarna-warni, berbunga-bunga menarik dan tabarruj.
Pakaian tidak di-kenakan wangi-wangian , kecuali ketika bersama suami di-rumah.
Tidak berhias-hias, bermake-up, bergincu bibir ketika keluar rumah, kecuali bersama suami di rumah. Juga tidak bergelang-jurai emas, ketika keluar rumah semacam hendak menunjuk-nunjuk.
Pakaian tidak menyerupai kaum lelaki ataupun wanita kafir / musyrik.
Jika keluar berjalan jangan-lah memakai kasut bertumit, sehingga berberbunyi keletok-keletok yang boleh mengganggu ketenteraman kaum lelaki.
Jika berjalan , jangan di-lenggang-lenggokkan badan serta gaya berjalan yang juga boleh mengganggu ketenteraman kaum lelaki.
Posted at 07:48 am by umarabdulaziz
Dec 24, 2004
Pahala membaca "La ilaha illaallah"....
PADA zaman Bani Israil, ada seorang ahli ibadat dan seorang penderhaka. Tiba-tiba ahli ibadat dan penderhaka itu mati, Nabi Musa mendapat tahu bahawa dia termasuk dalam senarai ahli neraka manakala si penderhaka pula ahli syurga.
Selepas mendapat tahu hal itu, Nabi Musa pergi ke rumah ahli ibadat itu lalu bertanya kepada isterinya: “Apakah amal yang sentiasa dibuat oleh suamimu?” Maka isterinya berkata: “Suamiku itu sangat rajin melakukan amal ibadat dan kamu juga mengetahuinya.”
Nabi Musa bertanya lagi: “Kemudian apa lagi yang dibuat oleh suamimu?” Lalu isteri itu berkata: “Setiap malam apabila suamiku hendak tidur, dia berkata: “Alangkah beruntungnya kami kalau apa yang diajar oleh Nabi Musa itu benar.”
Selepas mendapat penjelasan itu, Nabi Musa bergegas pula ke rumah si penderhaka lalu bertanya kepada isterinya: “Apakah amal yang dilakukan suamimu?” Isterinya berkata: “Engkau pun tahu suamiku itu ialah penderhaka, dia sangat suka membuat kejahatan semata-mata.”
Kemudian Nabi Musa bertanya lagi: “Katakan padaku, apakah amal yang dia pernah lakukan selain daripada itu.” Maka isterinya berkata: “Setiap malam sebelum tidur suamiku selalu membaca kalimah ‘La ilaha illaallah walhamdu lillah’ atas apa yang diajarkan oleh Nabi Musa.”
Ahli ibadat yang tidak yakin 100 peratus dengan apa yang disampaikan oleh Nabi Musa, maka Allah masukkan mereka ke dalam senarai ahli neraka. Oleh itu, hendaklah kita melakukan amal ibadat dengan penuh khu-syuk dan harapan bahawa kita pasti bertemu dengan Allah dan jangan ragu-ragu mengenainya.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang mengucap ‘La ilaha illallah’, yakin dengan iman yang teguh, maka sesungguhnya akan keluar daripada mulutnya seekor burung berwarna hijau dengan dua sayap putih bertaburan mutiara yaqud, dan ia terbang ke langit hingga terdengar dengungan ia di bawah Arasy, bagaikan dengung lebah sehingga disuruh: “Tenanglah, diamlah.”
Maka burung itu berkata: “Tidak, sebelum Engkau (Allah) mengampuni orang yang membacanya.” Allah mengampunkan orang yang mengucapkan kalimah itu lalu burung berkenaan diberi 70 lidah untuk membaca istighfar bagi orang yang membaca ‘Laa illaha illallah’ hingga hari kiamat.
Apabila tiba hari kiamat, maka ia akan menyambut orang yang membaca kalimah itu dan memimpinnya masuk ke syurga.
Dikisahkan pula ketika Allah menenggelamkan Firaun dan menyelamatkan Nabi Musa, maka pada waktu itu Nabi Musa berdoa: “Ya Allah ya Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku amal perbuatan untuk mensyukuri nikmat-Mu dan kurnia-Mu ini.”
Kemudian Allah berfirman: “Wahai Musa, bacalah ‘Laa illaha illallah.” Lalu Nabi Musa bertanya lagi: “Ya Allah ya Tuhanku, tambahkan lagi untukku.”
Allah berfirman: “Wahai Musa, sekiranya tujuh petala langit dan tujuh petala bumi diletakkan di sebelah kiri neraca timbangan dan diletakkan kalimah ‘Laa ilaha illallah’ di sebelah kanan neraca timbangan, nescaya akan lebih berat bahagian ‘Laa ilaha illallah’ itu.”
Abu Lait berkata; “Sesiapa yang dapat menjaga dan mengingati kalimah ini, maka dia dimuliakan di sisi Allah dan malaikat serta diampunkan dosanya walaupun dosa itu sebanyak buih di laut. Dan akan berasa kemanisan taat serta hidup atau mati keduanya baik baginya.”
Pengajaran daripada kisah ini ialah apabila hendak membuat sesuatu, mulakan ia dengan bacaan ‘Bismillah’ dan selepas selesai semuanya, hendaklah membaca ‘Alhamdulillah.’
Jika terlanjut mengatakan sesuatu yang tidak baik, maka hendaklah segera menyatakan ‘Astaghfirullah’ dan jika hendak melakukan sesuatu esok hari hendaklah berkata ‘Insyaallah’.
Kalau menghadapi kesukaran hendaklah selalu membaca ‘Laa haulawalla quwata illa billahil aliyyil aziim’ dan apabila ditimpa bala musibah hendaklah kita membaca ‘Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'uun’ serta sentiasa membaca ‘Laa illaha illallah’ siang dan malam.
Posted at 10:34 am by umarabdulaziz
|
|
|